![]()
Suruhanjaya Punah Ranah (SPR)
Dah Punah Kerana BeEnd@Umcino
4 negeri ramai pengundi import -- SPR dedah sebuah parti politik begitu aktif lakukan kerja pemindahanOleh: LAUPA JUNUS
PUTRAJAYA 3 Sept. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mendedahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pahang paling banyak terdapat pengundi import iaitu pemilih yang dibawa dari kawasan lain.Pengerusinya, Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, SPR juga mengetahui kegiatan sebuah parti politik yang sangat aktif melakukan kerja-kerja tersebut secara tersusun.
Bagaimanapun beliau tidak pula menamakan parti politik itu.
``Walaupun kita tahu tetapi dari segi undang-undang kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak ada yang membantah.
``Kita harap orang akan bantah tetapi tidak dibantah bermakna mereka terima,'' katanya.Abdul Rashid mendedahkan perkara itu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat SPR di sini, hari ini. – Utusan Meloya 4hb.Sept.2002
SPR nafi wujud dua daftar pemilih di Anak Bukit dan Pendang.PUTRAJAYA, Selasa: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan wujud dua senarai daftar pemilih pada pilihan raya kecil Parlimen Pendang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit di Kedah, baru-baru ini.
Sambil mempertahankan kewibawaan SPR yang hanya menjalankan operasinya mengikut lunas undang-undang, Pengerusinya Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata masalah itu berlaku kerana ada parti politik tidak menyemak senarai daftar pemilih baru, sebaliknya menggunakan senarai lama.
“Ketika pilihan raya, kita ada satu daftar pemilih dan seorang pegawai yang ditugaskan untuk menyemak senarai itu yang sama dengan senarai di tempat mengundi. Tak ada senarai lain kerana ia dibuat dalam perisian komputer yang sama.
“Masalah yang timbul ialah pondok panas parti. Orang parti pergi cetak beberapa daftar pemilih yang lama, yang tidak dipakai lagi SPR. Sepatutnya, mereka belilah senarai pemilih baru selepas SPR mempamerkannya. Jangan nak salahkan SPR saja.
“Mereka ini mempunyai sumber tenaga dan peruntukan yang cukup tetapi kenapa tidak membuat kerja dengan teliti.
“Saya bukan nak tuduh mana-mana parti politik lain tetapi buatlah kerja dan jangan hanya nak tuduh SPR semata-mata,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR hari ini. – Berita Hairan 4hb.Sept.2002
Komen – Kenyataan BODOH LAGI TOLOL dari SURUHANJAYA PUNAH RANAH (SPR), Siapakah yang menguruskan senarai pengundi ini dan bila PRESIDEN UMCINO@BeEND buat kenyataan baru sebok SPR nak cakap, tapi bila BA buat bantahan serta bangkitkan isu PENGUNDI HANTU, SPR akan jawap mereka badan bebas serta urusan mereka telus. Tapi kenapa sekarang baru nak sebok-sebok setelah 10 kali pilihanraya umum berlansung baru nak ambil kesah soal pengundi berpindah tempat.
Selama ini Suruhanjaya Punah Ranah (SPR) memang bertanggungjawap untuk memindahkan serta menghilangkan senarai pengundi sesuatu tempat, bagaimana telah terjadi pada 1999 hampir 50,000 senarai pengundi BA telah dipindahkan serta dihilangkan tanpa sebab dan penafian HAK MENGUNDI secara terancang oleh BeEND dan SPR untuk menewaskan BA.
Bagaimana pula peranan SPR dalam membuat persempadanan baru, secara terang lagi nyata dan terancang SPR bersekutu dengan BeEND mencatur kawasan pilihanraya demi keselesaan BeEND dan kroninya. Tunggulah bantahan dari BA, pasti SPR tidak melayan dan ambil kesah kerana ini akan menyusahkan BeEND@UMCINO pada pilihanraya umum yang akan datang.
Secara totalnya dalam isu PENGUNDI HANTU ini telah terbukti BeEND@UMCINO adalah perancang utamanya. Kerana bukti KES di LIKAS telah mengesahkan mengenai PENGUNDI HANTU ini dilakukan oleh Calon BeEND. Tak payah fikir sampai pecah kepala otak mengenai cara lakukan kerja kotor ini, SPR milik 100% BeEND apa nak susah-susah ubah dan pinda aje senarai pengundi mengikut cita rasa BeEND semuanya beres……!!!!!!.
Rakyat marhaen memang 100% tak percaya pada SPR dan BeEND dalam soal pilihanraya ini, tapi kerana masih menghormati DEMOKRASI BERPERLEMBAGAAN DI MALAYSIA mahu tidak mahu rakyat marhaen telus menongkah arus menentang segala kezaliman dan kerja kotor BeEND dengan harapan Allah swt melindungi mereka-mereka yang ikhlas dan jujur dalam perjuangan ini.
Secara teraturnya pihak BeEND@UMCINO sedang menghalalkan segala tindakan kotor mereka dan dalam proses mengharamkan parti politik yang menentang mereka. Itulah agenda utama BeEND@UMCINO kerana maklumat dalaman mereka mengesahkan pada pilihanraya umum akan datang BeEND@UMCINO tewas dengan teruknya. Jadi untuk mengelakkan mereka menjadi penghuni Penjara Sungai Buluh, tindakkan pantas perlu dilakukan sebelum terlambat.
Kini rakyat marhaen telah didedahkan tentang kerja-kerja kotor BeEND dan SPR mengenai senarai pengundi ini, maka telah tiba saat dan ketikanya rakyat marhaen mengunakan HAK mereka membantah tindakan SPR serta menafikan kuasa politik BeEND dalam pilihanraya umum yang akan datang. Kita bangkit beramai-ramai menentang segala kejahatan dan tipu-muslihat politik BeEND yang selama ini melacurkan politik dan agama untuk kuasa serta wang tanpa memikirkan kesusahan yang dialami oleh rakyat marhaen akibat kezaliman regim Mahahaprak@Mahafiraun.
RDJU – 04-08-2002
![]()
FREE - An online program to make a huge income. more info![]()