KAMPONG PAK NGAH YANG AMAN
HASIL MENTAATI ALLAH DAN RASUL

Oleh Pak Ngah

Ke hadapan yang di hormati semua yang membaca warkah Pak Ngah ini, semoga mendapat perlindungan Allah sepanjang waktu.  Letih badan Pak Ngah dah pun hilang setelah merumpun di kebun selama dua hari. Kemarin balik sampai jam 5setengah petang.  Diri bertambah rasa sihat dan bertenaga tetapi menerima berita tak berupa sedap, iaitu Cikgu ‘Ad, depa bagi tau masuk hospital Pulau Pinang kena serangan jantung, tapi “mild” sahaja.  Ya lah walau harta depa banyak tapi fikiran sentiasa runsing, apa lagi nak mesyuarat Cawangan, Bahagian, duit banyak nak keluag lagi, jawatan belum tentu dapat. Nak di harapkan duit projek yang di siap belum dapat “payment”.  Depa kata sekarang ini kerajaan pun duit tak berapa nak ada.  Bagi Pak Ngah, tak dak projek apa, nak harap “payment” apa. Jadi otak pun tak serabut, apatah lagi jawatan apa pun tak dak.

Pak Ngah nak cerita pasai tanah kebun sekeliling kebun Pak Ngah tu,  Pak Ngah adalah buat rumah kecil di kebun tu, ada dua bilik tidur dan tandas dengan dapur kecik dan Pak buat beranda besar, boleh duduk 10 ke 12 orang.  Beranda mana ada dinding, lapang ada lantai saja dan dinding setinggi menyandaq saja.  Angin lalu terus , sejuk sepanjang masa tambah waktu malam, tudia aih, nyamannnnn.  Malam kemarin depa mai, dekat 10 orang, mai dok bersembang di rumah kebun Pak Ngah lepas Maghrib.  Semua depa Pak Ngah kenai, sebab depa pugar tanah kot dekat tanah Pak Ngah ni.  Depa pugar dah dekat 30 tahun, tiba –tiba la ni dah jadi nama orang lain punya, dapat tol pulak tu.  Tu yang depa hangat sangat tu.  Nasib baik Pak Ngah beli tanah ni ada geran lengkap.  Urut dada Pak Ngah.  Pak Ngah tanya, apa dah jadi.  Depa kata dah berpuloh kali naik turun Pejabat Tanah, buat itu, buat ini, bayaq itu, bayaq ni, kot-kot jadi hak orang lain.

Di pendekkan cerita , Pak Ngah tanya, dah jadi tanah sapa?  Hah, marah betui depa.  Apa depa kata “ Sapa lagi kalau bukan geng anak haram jadah tu. YB dan geng-geng dia la termasuk juga dua tiga ekoq di pejabat tanah tu.”  Pak Ngah membisu, sebab memang faham fenomena macam ni, maklum lah orang dah makan garam dulu.  Memang dah resam Manusia yang ada kuasa menggunakan kuasa mereka, dah tak kira haram dan halal lagi dah.  Pak Ngah menasihatkan depa membuat persiapan, jumpa lawyer dan bawak semua surat yang YB-YB yang dulu bagi dan semua surat-surat yang lain (sebut dokumen nanti depa tak faham) dan ikut lah nasihat dari lawyer tu.  Lepas pekena  kopi O panas dengan roti kapai dan biskut mayat, depa kata “ Terima Kasih banyak lah Pak Ngah kerana sudi dengar rintihan depa dan bagi pandangan dan nasihat.  Depa cadang kalau menang nak buat kenduri besaran di rumah kebun Pak Ngah panggil satu kampong doa kesyukuran.  Pak kata eloklah kerja yang baik dibuat kenduri kesyukuran kelak nanti, boleh juga depa rasa masakan Pak Ngah, depa semua tergelak dan pekat-pekat balik kerana jam dah dekat pukol 10.00 malam dah.

Sepanjang Jalan menuju ke kebun Pak Ngah dah habis Tar juga, maklumlah baru lepas pilihan raya, tapi lepas ini lima tahun lagilah baru buat “maintenance” dah nak dekat pilihan raya pulak lah tu.  Rumah di sepanjang Jalan tu, dari dulu sampai la ni macam tu jugaklah,  dah lebih 15 tahun macam tu jugak.  Budak-budak banyak pakai seluar saja tanpa baju, kasut pun tak dak tapi semua nya nampak sihat-sihat.  Nyamuk depa langsung tak heran.  Betui sungguh pesan orang tua dulu-dulu, jangan  bagi lemak sangat badan kita ni, biaq dia lasak sikit baru boleh tahan semua cuaca, penyakit pun susah nak mai.  Kampong yang aman adalah hasil rakyat mentaati Allah dan Rasul dan bukan nya usaha kerajaan memenangi hati rakyat dengan penipuan, slogan dan tipu muslihat.

Pak Ngah dok terkenang, dari dulu pasai tipu tanah ni dah berlarutan, cekau habis amanah rakyat melalui institusi dan perbadanan, lepas tu , bila dedah tangkap dan hukom rakyat dengan cara memalukan, la ni, tipu nak menang pilihan raya pulak.  Benar lah seperti mana sabda RASULALLAH , “Kalau berkawan dengan Peniaga minyak wangi akan terpalit bau wangi kepada kita, sebaliknya kalau bersama tukang besi akan terbau peluhnya”.  Kalau salah memilih pemimpin kita akan tergolong dengan mereka, kita tidak perlu lagi mendengar kata-kata slogan sebalik nya melihat amal kebajikan  dan memelihara akhidah sendiri dari taat membuta tuli sahaja.

Dah dekat Mesyuarat depa tu, mula lah ajak pi melancong, anak pi siam, Pangkor, Medan, Singapura, Langkawi dan merata lagi.   Sekali Pak Ngah nak buat depa terkejut, Pak Ngah tak mau pi  kemana mana lagi dah, sebab dah tua, Pak Ngah pun dah tak ikut UMNO lagi.  Pak nak tengok apa depa nak kata.  Walau bagaimana pun lama dah depa dok usar-usar (perati ) Pak Ngah,   Tengok ramai orang  pakai ketayap dok mai rumah.  Biaq lah, Pak Ngah sekarang sedap hati betui dengan memba-memba baru ni, sejuk hati dan perasaan kasih sayang tu, Allah lain sungguh.  Baru la ni Pak Ngah jumpa, Alhamdullillah.

Wassalam

Tanggal : 27hb Rabiulawwal 1425 bersamaan hari Ithnin 17 Mei 2004.

Pak Ngah - 17.05.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN