![]()
Pak Lah! Dengarlah Rintihan Marhaen
Oleh: Wartawan Rasmi Laman Reformasi
Beberapa hari lepas Pak Lah balik kampung. Bukan main suka lagi orang Kepala Batas sambut orang kampung yang jadi PM. Tapi orang Kepala Batas sejak 20 tahun dulu pun macam itu juga, tak berubah. Cuma sekarang ini orang Kepala Batas rasa terkagum dengan pembangunan yang tak banyak membantu meningkatkan kekayaan mereka. Yang ada, kemudahan untuk yang telah berupaya dan juga yang kaya-kaya. Rumah yang dibina bukan untuk orang kampung mampu beli. Berapa kerat sangat rumah berharga 200,000 yang mampu dibeli oleh orang Melayu Kepala Batas.
SERANG RASUAH HABIS-HABISANPak Lah dengarkanlah rintihan marhaen bahawa rasuah harus diperangi habis-habisan. Tangkap dan siasat orang UMNO dan juga menteri kabinet yang balun duit rasuah. Tangkap pemimpin UMNO Terengganu yang khianat kepada orang Melayu kerana gagal menyiapkan makmal komputer. Tangkap Mahathir, Rafidah Aziz, Thambi kecik, Khalil Yaakop, Khir Toyo, Jamaludin Jarjis, malah banyak lagi pemimpin rasuah yang telah di laporkan.
SISTEM KEHAKIMAN
Apa dah jadi dengan sistem kehakiman. Takkan tak faham-faham dengan sistem kehakiman yang makin melalut. Banyak kes tertangguh. Dan yang paling besar sekali kes Anwar Ibrahim. Takkan tak faham-faham sehingga kini. Apakah rakyat terpaksa berhimpun lagi minta kepada Pak Lah. Nama istana keadilan, namun tak banyak keadilan yang dilakukan.
Rakyat pula janganlah melatah dengan mainan kuli-kuli Pak Lah yang kononnya Pak Lah akan membebaskan Anwar. Apa sikit bukan mainkan radangnya Pak Lah kepada Anwar suatu ketika dahulu di mana Endon menjelaskan bahawa Anwar cuba menguburkan Pak Lah di Pulau Pinang. Sikit punya sakit hatikah Endon kepada Anwar. Pak Lah pula ikut cakap bini. Jangan mimpilah Anwar akan keluar sikit hari lagi.
SEKOLAH AGAMA RAKYAT MACAM MANA
Apa yang nak jadi dengan sekolah agama rakyat? Hai takkanlah nak diam sahaja kot. Bantuan mana? Anak kami nak sekolah, punyalah lekeh. Yang ada duit tu tak apa lah? Orang UMNO pun bukan semua kaya raya. Yang sengkek pun banyak lagi. Biasanya yang sengkek inilah yang banyak sokong UMNO. Cuba buat bancian, kalau-kalau yang kaya-kaya sokong UMNO. Tapi yang kaya-kaya ni jadi pemimpin untuk menambahkan kekayaan mereka.
JANGAN JADI BARUA TUN MAHATHIR
Walaupun akhbar luar melaporkan PM baru Pak Lah cuba mengikis imej Mahathir, namun rakyat rasa kecil hati sebab banyak sangat yang TUN Mahathir jadi penasihat. Bermula sebagai penasihat Yayasan Perdana, kini, penasihat PETRONAS, penasihat LADA, penasihat Pulau Tioman, penasihat UMNO, penasihat apa –apa lagilah yang akan datang. Jangan sampai jadi penasihat kerajaan Malaysia dahlah, sebab kalau macam tu semua rancangan Pak Lah akan berkubur. Sebab tu Pak Lah tak berani kuis Aziz Shamsudin, Tengku Adnan, malah tak berani pun kuis Aziz yang memang orang Gopeng pun meluat kat deme. Malah di beri pula kawasan baru di Gopeng. Gamaknya sikit hari lagi akan ada barua-barua Tun Taik akan memberikan beliau dan mendesak PM Baru supaya menerima Mahathir sebagai Penasihat kerajaan Barisan Nasional kerana jasa dan kepintarannya membalun duit rakyat dan membantu kroni.
JALAN RAYA BANYAK LUBANG
Jangan hairan kalau kes kemalangan jalan raya tinggi. Tak payah nak cerita jalan bandaran, jalan persekutuan. Di Kuala Lumpur jalan elok lah, tapi kalau nak ke Kepala Batas lalu jalan kampung pun penuh dengan lori tanah. Pandu pulak macam setan. Lebuh raya kita yang bertaraf donia pun lebih kurang juga. Tampung sana tampung sini. Dari Kuala Lumpur cuba ke Pulau Pinang, takkan tak pandang-pandang jalan bertampung terutama dari Jelapang ke Kamunting, dari Kepala Batas ke Sungai Petani. Dari lembah Beruntung jalan simen, puhhhh teruk betul. Bayar tol berpuluh ringgit, rasa naik macam kuda. Jalan kecil, kenderaan bertambah.
Bertambahnya kenderaan bukan kerana rakyat kaya, kerana terpaksa pakai kereta sebab proton jual kereta tipu lelong pada rakyat.KRONI MACAM MANA? TANGKAP TUN MAHATHIR
Aiiiii, takkan tak siasat kroni, yang dapat habuan masa Tun Taik jadi PM. Banyak sangat harta tapak bangunan Petronas yang dibail-out oleh Petronas. Itu yang rakyat nak tau tu. kalau tidak takkan Ezam dan Salehuddin Ayub gila buat laporan. Kalau nak kata mereka dua ni gila buat laporan polis, kenapa sehingga kini tak ada apa pun. Sengap saja. Tahkah masuk stor kot, semua laporan tu.
TIMBALAN MANA?Jangan tiru macam pemimpin lain. Kononnya lambat lantik Timbalan untuk fikir panjang. Lantiklah cepat. Rakyat tertunggu-tunggu Pak lah lantik Timbalan Pak Lah. Bolehlah bantu tangkap hantu rasuah. Perang habis-habisan, macam perangi dadah. Takkan tak ada yang berkenan. Pakar bakar jambatan aaa, jual tanah pada Singapora pun ada, kaki betina pun ada, apa lagi yang tak ada untuk lantik jadi Timbalan? Payah–payah lantik nenek Rafidah yang cuba nak bodek Pak Lah. Amboi Pidah, rakyat nak bermanja dengan Pak Lah pun cemburu. Takkan tak boleh kot. Bukan macam Pidah. Anak menantu boleh bermanja dengan bagi saham. Kami nak bermanja dengan panggilan orang kampung takkan tak boleh.
LAWAT JUGA KEMENTERIAN DALAM NEGERI, MAJLIS TEMPATAN
Sekali sekala lawat juga kementerian dalam negeri DAN majlis tempatan tempat Pak Lah. Takkan tak boleh kot. Khabarnya Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Seberang Perai banyak kakitangan rasuah. Yang kerja makan gaji sapu buat berniaga. Orang awam masuk tender, akhirnya dapat kepada kakitangan majlis. Baru kerja sebagai teknisyen dah pakai mata belalang. Malah yang pakai kereta ratusan ribu ringgit hasil balun tender awam. Tu yang rakyat marah. Kalau tak percaya Pak lah siasatlah mana-mana kakitangan majlis yang balun rasuah. Semua pihak berkuasa tempatan mesti disiasat. Baru tahu rasuah banyak ke tak banyak.
MASALAH BIROKRASI DI SEKOLAH
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina tak gawat macam sekolah kebangsaan. Cuba tengok soal pemberian buku teks. Orang Cina tak kalut pun, sebabnya kerana semua murid di sekolah Cina dapat semua buku. Kalau nak ikutkan bangsa Cina lagi kaya-raya daripada semua bangsa di Malaysia. Tapi bagi orang Melayu dan India, nak dapat buku teks kena jumpa wakil UMNO. Tu pun nak politik supaya orang Melayu jadi pencacai kalau nak dapat buku teks kena jumpa wakil UMNO di kampung-kampung. Macam mana nak maju kalau soal remeh-temeh pun tak boleh bantu rakyat.
Benda yang sikit-sikit tu perlulah diberi bantuan. Budak-budak nak belajar. Kalau rakyat cerdik dapat bantu Negara. Kerajaan yang untung. Tapi yang jadi masalah ketidak-percayaan kerajaan terutamanya kepada orang Melayu hari ini ialah apabila diberi pendidikan sampai jadi cerdik, rakyat tentang kerajaan. Sebabnya kerajaan tak cerdik tapi rakyat yang cerdik. Inilah yang jadi masalah, kalau dalam semua bidang diberi dan arahkan kepada politik berkepentingan kepada UMNO/BN
PENGAGURAN SISWAZAH
Ini satu lagi masalah. Nak kata rakyat yang belajar ni tak mampu nak berniaga, pun salah juga. Kalau dah projek TEKUN pun diletakkan di pejabat UMNO bahagian, macam mana budak-budak ni nak hampiri. Biar tak dapat pun sudahlah. Kalau kena menghadap ketua pemuda dan bagi habuan. Misalnya kalau jumpa broker kena hulur 100 atau 200. lepas tu nak dapatkan tandatangan ketua pemuda bahagian kena pula hulur 50-100. pinjam 3000, bagi rasuah kepada pemimpin UMNO 500, kalut-kalut macam tu,.
Budak-budak berijazah pula nak berniaga dah tak nampak jalan. Senanglah pemimpin UMNO cakap, sebab pemimpin UMNO senang dapat lubang berniaga. Nak bersaing dengan budak baru lepas sekolah. Rasuah pula di majlis perbandaran tempatan menjadi-jadi. Akhirnya putus asa, sebab agama larang bayar rasuah sana, bayar rasuah sini. Itu tak masuk kakitangan yang ada ijazah sehingga kini tak dapat gaji ijazah. Khabarnya guru sekolah pun hampir 10,000 belum dilantik, lepas tu latih yang baru, bayar RM12,000 setahun dalam bentuk biasiswa. Kalau latih yang ada ijazah dah di kalangan guru, jimat berjuta ringgit. Tu pun nak kena bagi tahu.AGAMA JANGAN MAIN-MAIN
Sensitifnya masyarakat Melayu bila kaum lain cuba mendabik dada menentang agama orang Melayu. Sedangkan orang Melayu tak pernah pula menghina agama lain. Jangan cuba main api kalau rasa tak faham akan agama Islam. Dengar dan debatkan. Kalau tak faham lagi jangan cakap banyak. Takkan kerana nak jaga tembolok sendiri pun sanggup nak gadai agama sendiri. Ini apa punya kurang ajar.
Lainlah Shahrozat Jalil, kempen pakai tudung dikatakannya menghapuskan hak asasi kaum wanita. Dah hang tak pakai tudung, sebab tu nampak sangat hang ni jahil dalam agama. Kalau jahil dalam pelajaran tak apa, habis sangat orang kata hang tu bodoh ka bahlul ka, tapi kalau jahil dalam agama dan cuba nak cakap soal agama, nampak sangatlah hang ni memang jahil sungguh. Nak kata sama macam kaum kafir, nanti kata orang fitnah kafir-mengkafir. Budak sekolah agama rakyat darjah satu pun balik tanyalah. Macam mana nak jawab kalau menteri cakap macam tu. Kalau aku jadi bapa budak, sah aku kata hang bodoh dalam agama.KESIHATAN RAKYAT MARHAEN TERABAI
Hospital kerajaan umpama farmasi dan tempat jaga manusia sebelum mati. Itu sahaja. Lebih dari tu tak boleh. Orang bersalin macam-macam tinggal dalam perut, orang sakit demam jangkit penyakit lain. Pembedahan kronik sikit terpaksa import doktor luar. Sepatutnyalah kalau kerajaan prihatin kepada rakyat, dah tak ada dah bantuan rayuan melakukan pembedahan nih. Kerajaan boleh tanggung semua kos untuk rakyat. Tak kena pada saudara mara tak pa lah, kalau kena pada saudara mara baru tau langit tinggi rendah.
Kan Pak Lah pun ke Australia, dan Endon ke Amerika membuat pembedahan? Bukankah pakar dalam Negara banyak. Lihat sahaja Menteri Kesihatan yang paling lembap dalam dunia. Sikit punya besar klinik doktor Hooghland di Jerman, dia perlekeh macam klinik doktor Ong di Tampoi. Punya nak pembohong rakyat. Nak jadi menteri ni cakap biar dalam keadaan sedar ketika nak mengutuk kemajuan perubatan di negara lain. Nak mesin cuci buah pinggang pun rakyat berebut tunggu berminggu-minggu. Dah tu 4 kali pergi guna mesin cuci buah pinggang kos hampir RM2000. Bayangkan pakcik-makcik yang duduk di kampung kena bayar duit. Takkan tak sedaq semua ni?Ok Lah Pak Lah. Saya pun banyak yang kutuk tapi benar belaka. Tulis cara orang kampung senang sikit, sebab ramai boleh baca dan boleh faham. Kalau guna bahasa tinggi pun payah nak baca, lagi pula tak ada humournya. Jenguk-jenguklah, kalau-kalau ada yang tak cukup aduan kepada Pak Lah. Kalau semua rasa OK, kira minta halallah. Tapi kalau dalam semua ni tak ada yang betulnya, pun mengarut juga.
HATI-HATI KETIKA MENTADBIR. JANGAN JADI MACAM TUN TAIK. ORANG MELAYU TELAH MENGHINA BELIAU SEBAGAI PM PALING TERUK DALAM SEJARAH PEMERINTAHAN NEGARA. MALAH ANWAR TETAP MENJADI WIRA BAGI ORANG MELAYU. FIKIR-FIKIRKAN LAH PAK LAH……………
Kiriman Wartawan Rasmi LR - 01.12.2003 (suntingan M@RHAEN)
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan informasi terkini di Forum M@RHAEN.
![]()
Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.
![]()