Teguran buat Wahid, Senario & Melodi
Oleh Pensil Kayu (Laman M@RHAEN)

Kepada saudara Wahid dan pihak yang terlibat... apa ni??? Tak terasa apa ke bila mempersendakan perkataan "Marobbuka" dalam aksi beruk belacan anda di pesta maksiat TV3 di Perlis semalam (Ahad dalam rangcangan Melodi live).. Apakah kamu sedar atau tidak apa makna ungkapan tersebut?

Ini berkaitan dengan pengakuan ketuhanan kepada Allah s.w.t yang menjadikan kamu dan seluruh isi alam ini. Apakah kamu tak tahu bahawa dengan bersikap demikian kamu telah terdedah kepada tergelincirnya akidah? Sekaligus menghina Islam...

Sebenarnya telah banyak perkara yang kamu dan kumpulan kamu telah lakukan sebelum ini yang banyak menghina islam dan menyentuh perasaan orang islam...

Antaranya, menjadikan ucapan salam sebagai bahan lawak. Pengertian Hari Raya Kurban dipersendakan dalam usaha kamu untuk memikat penonton untuk
tertawa dsbnya... Malah banyak lagilah kalau nak diperincikan di sini. Apa ni???? Islamkah kamu lagi atau dah tak betul ke kamu?

Namun apa yang ingin diperkatakan di sini, sesungguhnya, hentikanlah perbuatan anda itu dan bertaubatlah sebelum Allah s.w.t menurunkan kemurkaanNya terhadap kita semua. Banyak cara lain nak cari rezeki. Pelawak ni bukan kerja yang elok di sisi Agama Islam. Tanyalah tok-tok alim yang benar benar ikhlas. Bukan tok-tok alim yang naik Merc mata belalang tu.. Itu semua tak boleh pakai nasihatnya...

Insaflah.. Kembalilah ke pangkal jalan dan jagalah kesucian Agama Islam yang kita cintai..

Harap ma'af.

Pensil Kayu - 08.03.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: