Promosi Media PAS Kelana Jaya:
Majlis Makan Malam Dan Forum Perdana PAS Kawasan Kelana Jaya

 
 
 
 
 

PAS Kawasan Kelana Jaya akan menganjurkan Majlis Makan Malam dan Forum Perdana sempena Mesyuarat Agung Tahunannya kali yang kedua pada hari Ahad 27 Mac 2005 ini.

Menurut Setiausaha PAS Kawasan, Sdr. Zaisham Shahbari Forum Perdana pada malam tersebut akan disertai oleh Setiausaha Agung PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan AJK PAS Pusat merangkap ahli EXCO kerajaan negeri Kelantan YB Tuan Hj Husam Musa.

Kedua-dua ahli panel dijangka mengulas persoalan isu-isu semasa di samping pencapaian dan perkembangan kerajaan PAS di negeri Kelantan.

Kepada ahli-ahli dan para penyokong yang berminat untuk menyertai program ini bolehlah mendapatkan tiket dari pihak PAS Kawasan. Tiket-tiket dijual pada harga RM30.00 seorang.

Mereka yang berminat bolehlah menghubungi talian-talian telefon berikut:
017 886 3458 Zaisham, 
019 270 8798 Jamil, 
016 237 9166 Badrul 
atau 
Markas PAS Kawasan di talian 03 563 26359.

 
 

(M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)

Hantar artikel ini kpd sahabat: