KeADILan Permatang Pauh Terus Menerima Kemasukan Ahli Baru
Oleh Mat Sepai


PERMATANG PAUH- 11 MAC,  Hajat Umno/ BN untuk menghapuskan sokongan rakyat kepada BA melalui konspirasi jahat dengan pihak SPR dan JPN dalam pilihan raya lalu terus menerima tamparan. Terbaru, Parti Keadilan Rakyat (keADILan) Permatang Pauh telah menerima kemasukan ahli-ahli baru di Bagan Serai dan Permatang Rawa dalam KADUN Seberang Jaya, hari ini.

Majlis penyerahan borang keahlian itu telah disampaikan oleh Ketua Penaja Cawangan Bagan Serai, En. Kamaruddin Mohd Nor kepada Presiden KeADILan DS Wan Azizah Wan Ismail, bersempena “Program Dialog Bersama Penduduk” di sini petang tadi.   Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dr. Mansor Osman Pengerusi Perhubungan KeADILan P.Pinang dan bekas calon keADILan Seberang Jaya serta Hajah Che Wa  Harun Ketua Wanita keADILan Permatang Pauh dan beberapa orang AJK Wanita Bahagian Permatang Pauh.

Menurut En. Kamaruddin, kemasukan beliau bersama rakan-rakannya seramai 50 orang ,  kerana keyakinan mereka terhadap perjuangan parti keADILan.

“ Kami telah lama hilang kepercayaan kepada Umno, lebih-lebih lagi masalah pemilikan tanah dan kemudahan asas di tempat kami yang terus diabaikan oleh ADUN Umno selama ini. Malah, tapak kediaman rumah kami kini telah bertukar  tangan kepada bukan Melayu , walaupun ada di antara penduduk di sini yang majoritnya Melayu telah menerokanya lebih daripada 50 tahun."

"Walaupun kami sedar peruntukan wakil rakyat BA telah dinafikan haknya oleh kerajaan, namun kami tetap memilih parti keADILan" sambungnya.

Sementara itu, En. Nizam Abdul Hamid (gambar kiri) salah seorang penggerak utama penubuhan Cawangan Bagan Serai menegaskan, “Kami berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh dan  mendapatkan seramai mungkin ahli baru untuk memantapkan lagi keADILan di sini.  Masih ramai yang khuatir mengisi borang keahlian kerana menerima tekanan dan ugutan daripada pimpinan Umno setelah mereka mengetahui hajat kami untuk menubuhkan cawangan di sini.”

Sebelum itu pada sebelah paginya, DS Dr. Wan Azizah  turut menerima kemasukan ahli baru seramai 43 orang di cawangan Permatang Rawa di majlis kenduri kesyukuran meraikan kemenangan beliau mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Pada minggu lepas, seramai 53 orang pemuda cawangan Kubang Ulu telah menyertai Parti keADILan Permatang Pauh, rujuk berita ( Pemuda KeADILan Permatang Pauh Terima Kemasukan Ahli Baru )

  
Takbir…lawan tetap lawan.

- Mat Sepai - 12.04.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN