BILA 'HARD POWER' DAN  'SOFT POWER' BERPANCA,
UMNO/BN MATI DI TENGAH-TENGAH MACAM TIKUS MONDOK..!
Oleh Amin Sapiro (Mahathir dan UMNO/BN mintak nyawa)
ORANG Melayu memang bijak berperibahasa. Mereka belajar daripada persekitaran dan ‘mother nature’. Orang yang berasal keturunan luar budaya Melayu cuma menyerap dan mengambil kesempatan daripada kelemahan kita. Bila sampai masa mereka sudah memiliki semua yang kita punya, mereka akan mendabik dada dan memaksa kita supaya mengakui, kununnya merekalah yang ‘superior’. Bodoh haprak sangatkah bangsa kita? Tepuk dada tanya selera. Sampai bila mau jadi rakyat negara ini yang nombor dua?

Orang Melayu Ketandusan Kewibawaan

Hari pertama tahun 2003 ini, kita teringat malam tadi Dr. Mahathir bercakap panjang di TV. Sikapnya bagai seorang bertaraf  ‘nabi’, kunun. Tapi, ramai yang mendengar berkata, “Apa yang nak didengar sangat cakap orang tua yang dah nyanyok. Dia macam orang dah nak mampos meninggalkan amanat. Banyak cakap dia yang ‘mengaghut’..! Tengok gambar kartun lagi elok. Kalau dah mengantuk sangat, lebih elok tidur sekelap, komdian bangun dan lakukan sunat Tahajjud. Berdoa banyak-banyak, minta petunjuk daripada Rabbulalamin. Esok bangun, selepas menunaikan Subuh, kita bersiap sedia memerangi kebiadapan ‘bapak segala taghut’ dan kerja busuknya di depan mata kita. Itu lebih afdhal……….”.

Sebagai pendengar dan penonton TV yang pasif di warung-warung kopi, rakyat cuma dapat mendengar dan melihat Mahathir bercakap tanpa rakyat boleh menyoal-sanggah bebelan sewelnya. Andainya dia berhadapan dengan jaguh-jaguh Pembangkang di Parlimen, pasti ramai yang menyoal dan meminta penjelasan lanjut daripadanya. Bukan sedikit ‘loop-holes’ dalam ‘omong bodoh’ yang ditonjolkannya, malah semua yang dibutirkannya sama seperti orang berotak sewel baru bangun daripada mengigau dan bermimpi ngeri. Rakyat negara yang merdeka ini tau apa yang mereka mau. Mereka mau humbankan Perdana Menteri dan pemimpin parti yang menipu dan membohongi rakyat. Semua orang tau, pemimpin UMNO/BN bekerja untuk mengenyangkan tembolok rakus sendiri saja. Piiiraaaahhhh…your shelf-life is long overdue..! The content of your tin can has become poisonous. It has lost its public taste..!

Selagi Mahathir menunjuk-ajar kita, kalau orang Melayu terus-menerus percaya, satu hari nanti mereka kehilangan harta, bangsa, negara dan kepupusan agama. Mereka akan ketandusan kewibawaan dan harga diri. Kalau dah macam itu lebih baik mati.

Sudah lebih 20 tahun Mahathir menerajui UMNO, namun orang Melayu semakin GERHANA. Hari ini, hak orang Melayu semakin tergugat. Identiti Melayu yang berpaksikan bahasa ibunda, identiti diri dan hak mutlak raja-raja sudah terhakis; hingga orang Melayu dianggap ‘pengemis’ di negara sendiri. Masih belum sedar lagi?

Malangnya, pemimpin penyokong UMNO dalam kelompok parti ini tak sedar diri. Mereka sanggup jadi budak suruhan bagai hamba abdi yang layak dijual beli ‘sekupng dua’ di pasar mini. Semuanya bercakap mengikut skrip. Termasuklah ulamak UMNO yang berserban tebal macam benggali sik. Mereka memutar-belitkan Firman dan Hadis kerana rakuskan pangkat, darjat dan duit ringgit. Masih nak dengar temberang ‘kacang putih’ pidato baka mamak ini?

Contohnya: Isu air yang dijual ke Singapura dengan harga 3 sen bagi 1000 meter padu pun tak boleh nak selesaikan. Bagaimana nak diharapkan UMNO boleh mempertahankan hak rakyat. Orang Melayu dipandang hina dan diperkononkan oleh Lee Kuan Yew, UMNO masih bagi muka? Inikah dia pemimpin yang cakap berdegar kunun mampu berjuang mempertahankan hak rakyat dan negara? Toksah lah banyak temberang… kalian dalam UMNO pelir saja yang berjela-jela. Telur kecut walaupun sebesar sarung nangka! You all have no guts..! Good for nothing bila disuap dengan ‘amoi’.

Legasi Anwar Makin Bersemarak

Mahathir sudah sedar sekarang bahawa kebangkitan orang Melayu seluruhnya adalah kesilapan dirinya paling besar. Ia terjadi bersebab daripada memfitnah dan menyeksa Anwar tanpa berwaspada. Sekali gus, Anwar yang berprinsip bersih dan telus selari dengan Islam yang dianuti orang Melayu dan dihargai rakyat umum semua kaum, telah mendapat sokongan padu semua. Walaupun Mahathir berlagak sombong dan angkuh dengan percubaan menonjolkan kuasa diri layak seorang diktatator; namun 'hard power’ Mahathir menggunakan polis dan hakim-hakim korup yang lupa prinsip keadilan di mahkamah, masih tidak mampu ‘menjatuhkan’ kekuatan Anwar sebagai seorang wira bangsa.

Walaupun begitu, sebaliknya, makin Mahathir menunjukkan kuasa, dengan sendirinya Anwar semakin popular dan rakyat beriltizam ‘menjatuhkan’ Mahathir dan seluruh kepimpinan UMNO/BN. Mereka mau Anwar menerajui Negara. Semua pemimpin UMNO yang tinggal selepas Mahathir umpama buaya lapar. Satu sen tak guna kepada rakyat.

Barang diingat bahawa Mahathir sudah terlajak jauh. Anwar makin berjaya memperkasa minda rakyat, golongan rakyat yang muda dan terpelajar. Mahathir gagal menentang kebenaran sebenar. ‘Kebenaran’ itulah milik rakyat sebenar yang dijana Anwar; hingga dia dipurukkan secara paksa ke dalam penjara oleh Mahathir. Cakap kasong dan penipuan halus Mahathir dan kuncu-kuncu pelahap yang rasuah termampu pemimpin UMNO termampu lagi membeli sokongan rakyat yag celik politik. Makin ketara Mahathir adalah seorang pemimpin kerdil yang gagal. Rakyat sudah sedar dan muak, bahawa masing-masing pemimpin UMNO/BN yang diupah oleh Mahathir dengan pelbagai elemen rasuah dengan agenda menipu dengan pelbagai cara, tidak lagi mampu meningkatkan sokongan rakyat kepada mereka.

Contohnya, kalau dulu isu 'Pembangunan' Negara menjadi maudhuk manifesto UMNO/BN, hari ini rakyat sudah nampak isu itu satu ‘permainan’ politik UMNO/BN guna mengaut keuntungan diri. Sekarang kaum Cina dalam MCA turut mengerti apa sebenarnya agenda UMNO di sebalik projek mega dengan belanja pembinaan ribuan juta di Pulau Pinang. Mereka sudah sedar kesan hakikatnya kepada rakyat di negeri itu dalam jangka panjang. Dengan itu, mereka menentang habis-habisan. Tidakkah itu menunjukkan bukti nyata bahawa Mahathir dan UMNO/BN boleh dilemah dan ditumpaskan melaui kekuatan rakyat? Itulah prinsip Reformasi Anwar yang diterap oleh kaum yang memahami roh perjuangan Anwar. Kalau kaum Cina insaf, orang Melayu bila lagi nak sedar?

'Soft Power' Kekuatan Rakyat

Anwar yang sudah sinonim dengan dasar ‘good governance’ sudah lama dihayati oleh semua rakyat berbilang kaum dan segenap lapisan rakyat. Walaupun Mahathir melalak dan ‘mengaum’ bagai harimau perkasa, namun ternyata dia (Mahathir) tak lebih dari harimau tua yang tidak lagi bergigi – tinggal gusi. Dia sudah kelaparan dan tidak mampu membaham. Dia sedang membilang hari untuk dikafan dan kuburkan..!

REFORMASI yang diilhamkan oleh Anwar 5 tahun dulu, adalah suatu bentuk 'Soft Power'. Kini, sudah jelas bahawa ide itu terang-terang mendapat sokongan semua kaum. Prinsip Islam yang syumul yang diterap Anwar sudah semakin nyata dihayati rakyat semua. Buktinya, dalam Pilihanraya tahun 1999, UMNO jatuh terlongkop tamat riwayat di Trengganu. Kelantan yang diterajui PAS cukup berjaya menamatkan kekuatan UMNO/BN. Kemungkinan besar, Pahang, Kedah, Perlis dan Selangor akan jatuh ke tangan PAS/BA. Itu baru sekadar menamakan negeri-negeri yang pasti beriltizam menghumbankan UMNO/BN jauh-jauh. Kita belum lagi menduga sejauhmana kekalahan UMNO/BN di negeri-negeri lain. Khabarnya di sana UMNO sedang berkocak, berkecamok dan bergolak menunggu hancur. UMNO umpama ‘gasing ketar berpaci bengkok’.

Dilihat 'Tsuname' gelombang Reformasi bergerak kecang membadai pantai membenamkan UMNO/BN. Kita tunggu apa yang akan berlaku..!! Itulah dia dinamakan 'Soft Power' – suatu bentuk perjuangan komponen Pembangkang Barisan Alternatif (BA) yang digeruni UMNO/BN. Ia merupakan perbedaan pendekatan sebuah ‘kekuatan’ yang padu yang dulunya dijana melalui demonstrasi. Kerana Regim Mahathir mentafsirkan demo bantahan aman rakyat sebagai kekerasan oleh UMNO/BN melalui putar-belit dan canang-canang pemimpin UMNO yang menggunakan polis, FRU dan media massa, tapi Rakyat juga semakin cerdik dan peka berpolitik. Mereka merobah dan menjana taktik baru. Sekarang tak dapat tandok telinga dipulas juga.

Mahathir Ketandausan Modal Politik

Sekarang apa modal UMNO dan Mahathir lagi? Nampaknya, UMNO/BN bergantung nyawa kepada ‘tongkat lapok’ yang sudah usang. Antaranya: seperti menggunakan ‘Undi Pos’, Rasuah kain batik – kain pelikat ditabur di kampung- kampung, sumbangan hari raya, membeli undi dengan RM50 setiap seorang supaya memilih calon-calon UMNO/BN, mengalih dan meminda daftar pemlihan di SPR tanpa persetujuan si pengundi, menggunakan 'Undi Hantu' seperti di Sabah, menyekat penyokong Pembangkang dengan taktik ugut-mengugut dan memukul mereka seperti yang berlaku di Indera Kayangan, membuat tuduhan aib kununnya ‘buka kain tunjuk kote’, dan macam lagi kerja-kerja tidak demokratik.. Apakah ia berjaya menang pilihanraya? Puk* mak UMNO!

Paling menggelikan hati, Puteri UNMO mungkin sanggup mengupah beberapa Pemuda UMNO kaki hisap dadah supaya mengaku sebagai penyokong PAS. Mereka akan disuruh tunjuk 'anu' macam yang tuduhkan kepada Abe Jak dulu. Silap-silap, Wanita UMNO akan diupah bertelanjang bulat menampakkan ‘longgok rahsia’ mereka di khalayak ramai. Mereka dipaksa mengaku diri kununnya ‘ahli PAS selama hidup’. Mungkin itu cerita duga-dugaan saja. Tetapi, tabiat sebuah parti yag ‘desperado’ seperti UMNO, mereka sanggup buat apa saja jadi bahan berkempen Pilihanraya.

Jangan main-main..! Siti Hasmah sekalipun sanggup bukak 'cemara' dedahkan kulit kepala – asalkan orang datang mendengar Mahathir berpidato mintak sokong UMNO..! Tapi, sebenarnya orang yang berkerumun bukan nak dengar ucapan Mahathir, sebaliknya dan tengok kulit kepada Siti Hasmah jerrr…!  Itu pun ’Soft Power’ juga. Kulit kepala Siti Hasmah licin-lembut macam buah nona, kan? Heheehhe…..!

Itizam Tahun Baru 2003 Orang Melayu

Kalau Mahathir dalam ucapan Tahun Barunya tak ubah macam pengemis minta sedekah di pasar malam daripada rakyat, maka Barisan Alternatif perlu meningkatkan kesedaran rakyat bahawa negara memerlukan daya dan kekuatan padu rakyat semua kaum bagi menumbangkan UMNO/BN. Untuk pengetahun semua, UMNO/BN sudah semakin tenat. Semangat juang mereka sudah malap macam ‘nyawa-nyawa ikan dalam air berlumpur pekat’. Pemimpin UMNO tidak mampu menahan kebencian rakyat.

Penyokong  UMNO atas pagar perlu ikut contoh wakil MCA di Pulau Pinang. Kalau dengan menyokong dan memihak kepada Pembangkang, maka wang rakyat dapat diselamatkan dari dibazirkan oleh pemimpin UMNO/BN yang rakus cari kaya secara mudah; mereka akan buat. Dengan itu rasuah boleh disekat dari berleluasa. Atas segala-galanya mereka boleh menjadikan Mahathir/UMNO kehilangan ‘tongkat’. Pasti semua orang Melayu akan tau juga akhirnya bahawa kekuatan undi orang Melayu boleh melumpuhkan UMNO/BN. Kita orang Melayu mampu menggantikan Mahathir dengan Anwar dan UMNO/BN diganti dengan Barisan Alternatif (BA). Kita beriltizam menegakkan keadilan rakyat.

Kita orang Melayu kena peka dengan kekuatan rakyat yang dilihat di Kelantan dan Terangganu. Tanpa kekuatan Pembangkang di Kedah, negeri dan rakyat di situ lebih 10 kali ganda akan teraniaya dan tertipu bontang. Pastikan kali ini, kita jangan mudah diperbodohkan! Kita pastikan 'Hard Power' dan 'Soft Power' berjuang. Biar UMNO/BN mati ditengah-tengah..! Tumbang. Telentang kena terajang Pembangkang..! Kita heret sekor-sekor babi-babi dan nagoi-nangoi UMNO ke Sg. Buloh.

Amin Sapiro
(Ahli UMNO Berkerat Rotan) - 01.01.2003 (Suntingan M@RHAEN)

Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Click Here!